Laman web pendidikan berasaskan Web 2.0 dapat dikategorikan kepada beberapa aplikasi yang berlainan iaitu:
- Blogs
- Wikis
- Tagging
- Multimedia Sharing
Setiap aplikasi menawarkan perkhidmatan yang berlainan dari segi fungsi, antaramuka dan sasaran penggunanya sendiri.
BLOGS
Blog
sebenarnya singkatan log web yang biasanya berbentuk web dengan
pengurusan kandungan yang dinamik dapat dikemas kini untuk menyiarkan
artikel baru yang diatur sedemikian rupa (template atau rekabentuk). Sebuah blog yang sangat interaktif yang membolehkan setiap pengunjung meninggalkan komen atau mesej. Blogger adalah seseorang yang suka menulis dengan menggunakan blog sebagai cara berkongsi dengan pengguna internet.
Contoh blog pendidikan adalah seperti Computer Education. Pengguna boleh mengakses blog ini melalui http://technicaleduhub.blogspot.com/. Laman web ini mengajar pengguna untuk dengan pelbagai kemahiran. Pelajar dapat mempelajari sesuatu dengan melihat isi kandungan yang telah ditulis oleh blogger.
MULTIMEDIA SHARING
Laman
perkongsian media membolehkan anda memuat naik foto, video dan audio ke
tapak web yang dapat diakses dari mana saja di dunia. Anda kemudian boleh berkongsi media itu dengan dunia atau hanya sekumpulan rakan pilih. Berikut adalah dua bentuk utama laman perkongsian media.
Video
Salah satu bentuk perkongsian media yang paling popular adalah laman video, yang paling popular adalah YouTube. YouTube
membenarkan ahli memuat naik video secara percuma yang kemudiannya
boleh dilihat oleh sesiapa di YouTube atau dihubungkan (link) di laman web
atau blog lain.
Foto
Foto
perkongsian foto membenarkan anda memuat naik imej anda dengan kualiti
yang tinggi, di mana ia dapat dilihat oleh orang lain. Beberapa
laman perkongsian foto yang paling popular adalah Flickr. Pengguna dapat mengakses Flickr melalui alamat URL https://www.flickr.com/.