Thursday, 19 July 2018

PENGENALAN LAMAN WEB PENDIDIKAN

Laman web pendidikan boleh merangkumi laman web yang mempunyai permainan, video atau sumber berkaitan topik yang bertindak sebagai alat untuk meningkatkan pembelajaran dan menambah pengajaran kelas. Terdapat laman web pendidikan yang menawarkan kursus individual dalam talian dimana pakar-pakar dalam suatu bidang berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka melalui video stearming. Laman web pendidikan juga membenarkan pengajar dan pelajar memuat-naik atau turun fail untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ini memudahkan pembelajaran kendiri pelajar khususnya apabila berada di luar kelas. Laman web pendidikan juga membenarkan pengajar dan pelajar untuk berinteraksi secara atas talian, tidak terbatas oleh mana-mana bentuk media yang mewujudkan satu kolaborasi pengajaran dan pembelajaran antara satu sama lain.


Pada masa kini, oleh kerana perkembangan teknologi yang pesat, laman web pendidikan telah diperhebatkan dengan kewujudan aplikasi Web 2.0. Web 2.0 pula adalah istilah untuk menggambarkan pergerakan tentang hubungan sosial dan interaksi melalui web, perkhidmatan dan teknologi.  Penggunaan aplikasi Web 2.0 tidak terhad kepada satu arah sahaja tetapi lebih kepada komunikasi antara satu sama lain. Pengguna berupaya untuk menghantar sebarang maklumat, pertanyaan atau komen ke dalam laman web tersebut dan data-data yang dihantar boleh dipaparkan kepada pengguna yang lain. Manakala pengguna yang lain juga boleh menghantar balasan atau maklumat yang berbeza sama ada kepada pengguna tersebut atau secara umum. Dengan itu, Web 2.0 akan menghasilkan satu jaringan di dalam laman web malah tidak terhad dan mampu untuk berkembang dengan menempatkan elemen-eleman atau maklumat dari laman yang lain terus ke dalam laman web sendiri.

0 comments:

Post a Comment